Monday, December 29, 2008

Burp


Kenyang. Abihlaa, dahla tak bsenam, makan heavy dinner lg. Kekeke

Sunday, December 28, 2008

Jom makan salad.


Hahaha. Jom makan salad. Diet kunun

Lapau


Lapo lapo lapo

Thursday, December 25, 2008

Nice meh


Only in my dream loh.

Tuesday, December 23, 2008

Anak dara terakhir...


Ni muka anak dara sebelum ...kekeke

Model CD gamelan... Gigih ni semata-mata nak dapatkan lagu gamelan agar berkumandang di hari persandingan..

Tahniah aa... nanti kitorang ramai2 serbu majlis ko....

Monday, December 22, 2008

Hidung berlari


Apsal tetiba aku punya 'hidung berlari'? Ke sejuk sgt tmpat ni?

Thursday, December 11, 2008

Wt*


Nasik lemak tp takde telo rebus, walopon suku? Wt*

Saturday, November 29, 2008

Bekpes


Mee goreng padas. Silala makan. Hua hua hua

Wednesday, November 26, 2008

Side


Menate mana sapa ntah langgar side mirror aku. Perasan mlm td. Aku drive tgk back mirror. Cam cacat ja. Now tukar rm60 sebelah. Mcm mahal ja bunyi.

Tuesday, November 25, 2008

Ole-ole


Yum. Lapo, marila makan!

Thursday, November 20, 2008

Yummy!


Yum yum. Ni last buka posa.

Wednesday, November 19, 2008

Coffee?


Gula atau tak? Aku dah 3 hari minum teh/kopi tanpa gula. Mula2 pelik aa, tp dah ok skrg. Sekurang2nya dapat kurangkan sket pengambilan gula. Hahaha, dah obese, kena aa beringat.

Saturday, November 15, 2008

Friday, November 07, 2008

Batuk-batuk


Batuk-batuk semenjak dua hari kebelakangan ni, dah sampai rasa tak selesa.
Pi jumpa doktor sat lepas keja, taPi kena tunggu sat sbb doktor pi amik anak sat.
Tunggu je laa.

Thursday, November 06, 2008

Honeycomb


Erk.. Siap gak honeycomb aku. 2nd attempt. Yang 1st hangus n gagal.

Friday, October 31, 2008

Sori geng

Aku blom update lg.... sori!

Sunday, October 12, 2008

Eagle Eye





If you want to know what is cyber threat/war/crime/terrorism is all about, you must see the movie.

ps: Do not be too dependent on computers.... ;P

Saturday, October 11, 2008

Alive


I am sound n kicking, yet remain silence.
Why? I am not sure.

Sepi





Judul Lagu : Sepi.
Artis/Band : Yuni Shara.

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Thursday, October 09, 2008

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

Bersedekah amalan mulia?


“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya. (2)

Aku nak tergelak, ada jugak. Hendak rasa macam mamat ni tak berfikir, ahli politik la plak.

Bila aku kenang kembali, bagaimana seseorang itu boleh menyamakan perbuatan/perkara yang mulia seperti bersedekah disamakan dengan menerima habuan seks. Memang benar, rezeki jangan ditolak, tapi jika inilah yang dikatakan sebagai rezeki, bagaimana pula dengan perkara lain?

Fikir-fikirkanlah.....

Note: Aku dah malas nak pikir.



Rujukan
1. Samakan habuan seks dengan sedekah: Zul Hassan disaran bertaubat - 25/09/2008 6:22pm

2. Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap - 24/09/2008

Tuesday, September 23, 2008

Makan tak sedap... saya nak order boleh?

Topik yang menarik untuk difikirkan bersama.

1. Makan tak sedap, nak sedap pergilaa masak sendiri...

2. Nak masak sedap, beli aaa barang-barang masakan yang bagus...

3. Nak beli barang-barang sedap, keluarkan la duit sendiri...

4. Hendak keluarkan duit sendiri sila lah bekerja dengan tekun dan berusaha...

Tetapi.....

4. Untuk tahanan/pesalah, adakah perlu anda perlu keluarkan duit sendiri..? Sudah tentu tidak bukan...

5. Nak beri makan kepada tahanan/pesalah.. pihak berkuasa kena aa keluarkan duit untuk membeli makanan untuk diberi kepada tahanan/pesalah.

6. Dah diberi makan, kata tidak sedap... tak kena dengan selera... tak 'human'....

7. Minta yang sedap-sedap...

8. Jika diberi yang sedap-sedap, duit siapa yang akan digunakan? tentulah duit rakyat..(eh... tax payer...., er... aku dah kena baya tax ..)

9. Buat apa nak beri sedap2 kepada tahanan/pesalah... nanti ramai yang nak menjadi tahanan..

10. Jika dah boleh makan sedap dalam tahanan.. (eg. ada al-a-carte order, pilihan menu.. buffett... wa... ada buffett kat dalam tahanann...!!!), ramai yang suka ditahan atau menjadi pesalah..

11. Lain kali, siapa nak makan sedap, bleh aa jadi tahanan.


Ahaks..

Pendapat aku yang takda nilai sangat...

Sunday, September 21, 2008

Firasat - Marcel





Ohh... 


Kemarin 

Kulihat awan membentuk wajahmu 

Desau angin meniupkan namamu 

Tubuhku terpaku 


Semalam 

Bulan sabit melengkungkan senyyummu 

Tabur bintang serupa kilau auramu 

Akupun sadari 

ku segera berlari 


Reff : 

Cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi 

Firasatku ingin kau 

Tuk cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi 


Akhirnya 

Bagai sungai yang mendamba samudra 

Kutau pasti kemana kan ku bermuara 

Smoga ada waktu 


Sayangku 

Ku percaya alampun berbahasa 

Ada makna dibalik semua pertanda 


Firasat ini 

Resah rindukah atau kah tanda bahaya 

Aku tak peduli 

Kuterus berlari 


Reff : 

Cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi 

Firasatku ingin kau 

Tuk cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi... 


Dan lihatlah sayang 

Hujan turun membasahi 

Seolah tuk berairmata 


Reff : 

Cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi 

Firasatku ingin kau 

Tuk cepat pulang 

Cepat kembali 

Jangan pergi lagi 

Firasatku ingin kau 

Tuk cepat pulang 

Pulang... wow.. huu.. 


Akupun sadari 

Engkaulah firasat hati.. 

Lupa Sejarah....

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak pihak memberikan pendapat mengenai betapa ramai yang sudah melupai akan bagaimana tertubuhnya negara Malaysia. Sehinggakan banyak komen dan pandangan menyatakan bahawa warga Malaysia sudah melupai sejarahnya.

Tiba-tiba aku terfikir:

  1. Apakah tidak terkesan langsung pembelajaran matapelajaran Sejarah selama lima tahun diperingkat sekolah menengah?
  2. Perlukah di rombak?
  3. Adakah objektif pembelajaran mata pelajaran di sekolah seperti berikut tidak langsung dapat di capai?:
  • Berbangga sebagai rakyat Malaysia 
  • - menghargai jasa dan perjuagan tokoh-tokoh negara
  • - menghormati lambang-lambang negara 
  • - menjaga dan mempertahankan maruah bangsa 
  • - berbangga dengan sejarah negara 

  • Bersemangat setia negara 
  • - taat setia kepada pemimpin negara 
  • - peka kepada masalah dan isu negara 
  • - bersyukur sebagai warganegara Malaysia 

  • Berdisiplin 
  • - berlaku adil dan bertimbang rasa 
  • - mempertahankan Perlembagaan Negara 
  • - bersifat amanah & jujur
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Thursday, September 18, 2008

Let's shuffle


A brand new iPod Shuffle. Turquoise in color. Like it very much.

Saturday, September 13, 2008

Pavilion-surau


Rupanya ada surau kat pavilion. Level 5, sebelah outlet canon

Wednesday, September 03, 2008

MC lagi

1. Semalam pegi berjumpa doktor. Buat follow-up.

2. Buka jahitan. 5 jahitan. Sakit gak..

3. Dapat MC. Sambung dari 3hb - 8hb.

4. Rasa macam nak balik kampung.

Tuesday, September 02, 2008

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan

Walaupun sudah 2hb September, rasanya tidak salah lagi untuk mengucapkan Salam Merdeka ke-51 kepada semua warga Malaysia. Sudah 51 tahun kita merdeka dan pada pengamatanku, sambutan merdeka kali ini amat sederhana. Mungkin disebabkan pada 2008 ini, pelbagai cabaran dan dugaan serta kepayahan melanda setiap warga Malaysia. Namun, moga hari mendatang diharungi dengan penuh kecekalan dan keazaman serta usaha gigih bagi mencapai kejayaan dan kemakmuran.

Juga, Salam Ramadhan diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya.

-ijam

Wednesday, August 27, 2008

Discharged

Jam 6.30pm aku discharged.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan.

Terima kasih daun keladi.

Nota: Balik umah... rehattttttttttttttttt.
MC dari 25 August - 2 September. Follow up on 2 September.

Surprised


Semasa cuba mengisi masa lapang dgn membaca, ada orang masuk sambil bawa bunga. Aku buat tak kisah ja, maybe utk katil sebelah.
Tp, dia panggil nama aku? Aik? Bunga utk aku? Tak pernah la org kasik bunga utk aku. Last sekali masa konvo dulu, hampir 8 years ago.
Ada kad, aku baca dari tmpat keja aku ghupenya.
Thanks guys utk bunga n buahan.
Smlm pun opismate aku ada dtg. Fazlan, yati, yas, hazni, emi, izwan. Ada gak 2nd trip bawa kfc. Keke.. I like.

Nota: air rooibos tea n buahan utk tetamu. Kekeke.

Tuesday, August 26, 2008

Sedar


Jam 3pm sumting aku sedar. Adeh, tak besh tol tekak aku. Gatal. Nak batuk cam normal takleh, so berdehem ja cam nak ngorat aweks. Ting tong gak td.
Aku rasa stat sedar aku mcm pakai 'shower cap'. Tp bila snap gamba (eheh.. Stakat snap gamba sendiri, apala sgt), baru tau rupanya bukan 'cap' tu aku pakai, tp rupanya balutan.
Pergh. Mcm dahsyat ja kalu org tgk. Tp, maleh nak upload gamba, kang kata gile simpati. (Jap, ni blog aku kan? Suka ati aa. Hahaha!)
Cukup aa gamba tgn aku kat atas tu. ;-)
Ngantuk+kenyang. Rehat sat.

409


No bilik aku. Now tgh tunggu utk tukar pakaian n masuk ke 'the theater'. Hemoh hemoh tol. Wish me luck. Doakan semuanya ok. :-)

Monday, August 25, 2008

Spital


Hari ni masuk spital. Check-in (ingat hotel ka..) dalam jam 11pg. Then dpt aa masuk bilik dlm jam 11.30am. Lunch jam 1.30pm kalu tak silap. Pehtu melangut sampai jam 5.30pm. Dapt gak abihkan novel Bleeding Hearts oleh Ian Rankin. Jumpa Dr. Amin jam 5.30pm, buat examination. Kata telinga ok, so kena puasa stat 12tghmlm. Pehtu dia kata, pegi aa jalan2 dulu. Erk, jalan mana? Gaji pun float. Hampeh tol. Kekeke. Dah, aku nak pi makan mlm ni. Dah sampai waktu makan. Sila jemput makan.
Nota. Gamba atas tu lunch aku, mknan spital, nothing special.

Soft shell crab


Last night pegi sushi king. Order soft shell crab. Rasa ok ja, tak sesedap yg segar.

Thursday, August 14, 2008

Yang mana pilihan hati?


Video demo telefon bimbit penulis sekarang.

Setiap orang mahukan telefon yang terbaik dan terkini untuk diri masing-masing. Sama ada ianya satu keperluan atau hanya untuk mengikuti trend masa kini.

Ciri-ciri 3G, MMS, HSDPA, GPRS, kamera yang memiliki resolusi yang tinggi, rekabentuk yang menarik dan mempunyai keupayaan memori yang tinggi adalah diantara ciri-ciri yang menjadi pertimbangan untuk membeli sesebuah telefon bimbit. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pelbagai pilihan model terkini dapat dicari.

Namun, atas dasar apakah anda membeli telefon bimbit anda? Persoalan ini muncul ketika mengikuti teman sepejabat untuk membeli telefon bimbit barunya. Ketika teman tersebut membuat pilihan mengenai model terbaik yang perlu dimiliki, terlintas dibenak fikiran mengenai ciri-ciri keperluan mengenai telefon yang perlu dimiliki oleh seseorang itu.

Melalui pengalaman, untuk membeli telefon bimbit, beberapa perimbangan perlu diambil kira. Harga dan cara penggunaan. Mengapa hanya dua ciri-ciri tersebut yang menjadi kriteria utama? Pertamanya, harga menentukan sejumlah model yang boleh dipilih yang datang bersama dengan ciri-ciri teknologinya. Manakala cara penggunaan menentukan apakah ciri-ciri teknologi yang perlu ada pada telefon tersebut.

Harga adalah penentu utama bagi menentukan julat model telefon bimbit. Sekiranya jumlah wang yang diperuntukkan adalah sederhana, maka julat model yang akan dipilih menjadi sederhana. Manakala sekiranya wang bukan satu masalah, maka anda boleh memilih sejumlah model-model yang terkini dan tercanggih serta terbaik untuk diri anda.

Seterusnya adalah mengenai cara penggunaan seharian anda. Sekiranya anda bukanlah seorang yang 'tech-savvy', maka adalah tidak perlu untuk mendapatkan semua ciri-ciri teknologi telefon bimbit yang terkini. Cukuplah sekadar dapat menghubungi dan dihubungi serta dapat menghantar mesej ringkas. Sebaliknya pula sekiranya anda seorang yang amat menekankan penggunaan teknologi terkini dan menggunakannya semaksimum mungkin seperti melayari laman web, mms, foto blogging, panggilan video dan sebagainya.

Gabungan kedua-dua ciri iaitu harga dan cara penggunaan membolehkan anda memilih yang terbaik, dan seterusnya memaksimumkan penggunaan telefon bimbit anda. Lakukan perbandingan harga dan ciri-ciri teknologi yang akan digunakan, dan seterusnya dapatkan harga yang berpatutan dengan teknologi yang ditawarkan.

Ini telah dibuktikan melalui pengalaman saya ketika mencari model telefon yang digunakan oleh saya kini. Setelah melakukan pelbagai perbandingan harga serta cara penggunaan, akhirnya model terbaik telah dipilih. Kini genap setahun saya menggunakan model telefon tersebut, saya mengakui tidak tersilap memilih model tersebut.
Sehingga kini, saya telah memaksimumkan penggunaanya, dari photo blogging, ke melayari internet, menghantar mms, panggilan video, mengambil klip gambar dan video, dan pelbagai lagi. Sehinggakan saya merasa puas hati dengan model ini walaupun harganya tidak terlalu mahal berbanding ciri-ciri yang ditawarkan, serta melalui penggunaan seharian.

Janganlah anda berbelanja membeli telefon yang canggih tetapi tidak memaksimumkan penggunaan teknologi yang ada. Ianya seolah-olah telefon yang dibeli itu menjadi sekadar aksesori kepada anda. Cantik dipandang tetapi hanya untuk dipamerkan, bukannya digunakan dengan sepenuhnya. Oleh itu, pilihlah model yang terbaik untuk diri anda dengan harga yang mampu dibeli dan seterusnya anda berpuas hati dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika membeli telefon bimbit impian anda.

Anda pula bagaimana? Apakah ciri dan kriteria utama ketika memilih telefon bimbit anda?

- ijamlaa

Monday, August 11, 2008

Monday, August 04, 2008

Kuching 31 Jul - 3 Ogos

Akhirnya aku dapat gak berjalan-jalan di sekitar Kuching. Selama ni, asyik transit je utk ke Kota Kinabalu. Aku lepak di kampung kawan aku, si obiterdicta di Petra Jaya. Dia balik kampung menjenguk nenda dan makciknya. Aku tumpang sekaki aa makan angin di Kuching. Ini pun setelah berjaya merebut peluang Zero Fare oleh MAS, tapi kena bayar tax aaa dalam RM240. Jadiklaa kan.

Selama 4h3m dihabiskan di Kuching, namun sempat bermalam semalam bersama nenda dan makcik
obiterdicta di Damai Puri Resort yang terletak di Santubong. Dapatla mandi air laut.. kalu nak harapkan pantai kat PD nih jangan haraplaa bleh mandi. Selain tu, dapat la ronda-ronda di sekitar Kuching.

Apa-apa pun, best gak bandar Kuching ni....





Gunung Santubong... Dalam perjalanan ke Damai Puri Resort.


Sampai akhirnya..

Cun area hotel... kacak hotelnya..


Nyior melambai...


Hotel ni betol-betol di kaki Gunung Santubong..


Ni dah kat Kuching... tgk regatta sat..


Perahu tgh bersusun nak race ni.


Manok panggang sigik!


Kuih ni namanya celorot...

Friday, August 01, 2008

Gunung Santubong


On my way to damai puri resort at Santubong.

Thursday, July 31, 2008

Monday, July 28, 2008

Keje jgn tak keje.


Huhu. Ada menda kena siapkan sblm esok. Usaha!

Friday, July 18, 2008

Saturday, June 21, 2008

Best giler weekend!!!!

Tak sangka dah weekend...

Hari yg aku tunggu2... sebabnya:

1. Aku bleh bangun lewat.
2. Aku bleh tido lewat.
3. Tak yah pk pasal keja
4. Bleh lepak kat umah sahaja...tak kuar makan pon takpeee... (biskut ada)
5. Bleh tido satu hari kat umah..
6. Suka ati bleh buat apa... heheheh

Monday, June 16, 2008

Hmm... Monday

Hari ini hari Isnin.. Pagi tadi macam malas giler nak pegi kerja.
Almaklumlah.. dua hari stay up layan dvd. Dari filem ke drama bersiri,
paling lewat adalah hampir jam 4 pagi. Pagi ini sahaja masuk jam 9pg,
terus meeting sampai jam 1tghari. Hehehe... dok je laa meeting. Banyak
bende kena update.

Esok dikhabarkan kena balik lewat, walaupun sepatutnya macam tak perlu
masuk pun meeting tu.So, bersedia sahaja diatas segala kemungkinan. :-)

Monday, June 02, 2008

Nasi Ambeng - Selera Herba

Selera Herba.

Aku dah cuba dua tiga kali makan nasi ambeng kat kedai ni. Kedai Selera Herba. Sebelah Bangi Chicken House. Rasanya ok juga. Harga dalam RM6. Ada nasi putih, ikan masin, mee goreng, keropok, serunding, sambal goreng, ayam goreng dan kuah rendang. Bila aku sebut nasi ambeng, terkenang aku zaman kanak-kanak.

Pada waktu tu, aku suka kalau ada kenduri kat kampung aku. Sanggup aku tunggu sampai lewat malam menantikan bapak aku balik dari kenduri semata-mata sebab nak makan 'berkat'.

Nasi Ambeng Selera Herba.

Kenapa panggil berkat? Aku pun tak tau. Ni style kenduri orang jawa la ni. Kalu kenduri, lepas doa selamat biasanya diorang akan dihidangkan dengan kuih muih dan nasi berlauk dalam dulang. Jemaah yang hadir biasanya cuma makan kuih sahaja di rumah tuan rumah yang
menganjurkannya. Then nasi berlauk dalam dulang yang dihidangkan tuh akan dibungkus dan dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah dan dimakan bersama-sama ahli keluarga.

Aku memang suka makan nasi berkat ni. Walau pun tak sebanyak mana, tapi bila makan beramai-ramai, dengan mak aku, bapak aku n adik beradik. Sangat seronok dan sedap. Aku masih teringat bau nasi berkat yang dah bercampur dengan lauk, apabila daun yang membungkus nasi tu dibuka.

Sekarang, susah dah nak dapat nasi berkat macam tu. Sekarang biasanya nasi berkat tu dah bertukar pembungkusan ke bekas polisterin.

Nasi ambeng.. best btol kalu dapat makan yang real punya, yang betul-betul kampung and ori. Takpalaa... tak dapat yang ori, dapat makan macam kat Selera Herba pon ok laa.. :-)

Sat aaa

Ada beberapa entry aku blom masukkan caption kat gambar. Nanti aku
update aaa... :-)

Sunday, June 01, 2008