Sabtu, 28 July 2007

Salam semua. Lama tak update blog. Hari ni pergi weight in untuk 1st TAR College Taekwondo Intercollege/Intervarsity di TAR College Wangsa Maju. Tolak dari UKM jam 9.30am, sampai dalam jam 11.00am. Uruskan pendaftaran, then weight in jam 12.30pm (berat aku 69kg, kategori Light(68-72kg).. huhuhuhu). Sekejap ja buat mende tu, pastu dapat maklumat untuk manager meeting jam 3. Uiks... mana bleh.. banyak masa lak terbuang karang. Tp saudari Wani usahakan supaya diorang dapat berikan penerangan ringkas sedikit untuk acara esok. Dapat tahu bahawa semua peserta kena hadirkan diri jam 9am, selewat-lewatnya. Jadi, kitorang kena bertolak dari UKM jam 6.45am. Nampak macam awal pagi sangat, tetapi terpaksa disebabkan kena singgah ke HUKM dan KTSN untuk ambil member yang lain.

Kitorang balik dari weight in dalam jam 1.30pm, tapi jalan hari nih macam hampeh... traffic jam, kenderaan banyak sangat. Sampai UKM dalam jam 4pm. Penat siot.. campur bosan.

Next week pulak (4 & 5 Ogos) ada SUKEM untuk taekwondo. Main kategori Welter (72-78kg) plak... Hahaha.. kena naikkan berat 3 kilo.. huhuu.. tensen tol, dah penat2x turunkan berat, nih plak kena naikkan berat plak. Huhuhuu

Note: Pertama kali bout chart kena charge. Diorang jual bout chart RM5(low quality printing) dan RM8 (hight quality). Ntah apa2x.

Comments