Taekwondo SUKEM 07

Minggu lepas, 3-5 Ogos kira minggu yang agak sibuk.

3 Ogos 2007
Pagi dalam jam 10am, kitorang dah kena setup gelanggang. Membantu tak ramai, tapi kerja siap dengan pantas. Lagipun, aku lagi suka macam ni, sedikit tenaga kerja, tetapi optimum penggunaannya daripada tenaga kerja banyak, tetapi minimum penggunaan. Semua yang membantu mmg berusaha dan bekerjasama dengan baik, yang mana akhirnya gelanggang dapat disiapkan pada jam 12tghari, lengkap tempat sparring, warming up, penghadang, inspection, peralatan, juri, meja urusetia dan kaw jamuan.

Petang dalam jam 3pm ada meeting antara persatuan/kelab sukan dengan unit sukan. Adalaa dalam hampir sejam meeting. Tapi bilangan kelab yang hadir sikit sangat. Tak sampai 10 persatuan/kelab yang hadir. Nak kata mereka bz, persatuan taekwondo lagi bz sbb start 3-5hb kena anjurkan kejohanan taekwondo. Sampai tak cukup orang nak handle pun bleh hadir meeting. Hari nih sahaja kena handle weight in untuk semua kolej, dan persiapan gelanggang. Aku yg temp disabled pun bleh hadir meeting.

Meeting berjalan lancar. Walaupun dapat short notice utk hadir meeting pada jam 12tgh, s/u berjaya gak buat laporan aktiviti sesi 2007/2008, carta organisasi, jadual latihan dan aktiviti yg telah dijalankan.

Habis meeting pi tgk gelanggang dan bantu apa yg patut termasuk weight in dan susun kerusi penonton. Habis semua kerja, urusetia yg lewat balik, lepak2x dan bincang dlm ring. Sampai jam 7pm bersurai.

Malam tu plak, aku ada kursus organisasi, jadi urusetia, kena sediakan pengisian satu slot. Objektif aadalah pemikiran kreatif, spontan dan berupaya memahami arahan. Kelaka gak mlm tu. Tugasan yg diorang kena lakukan adalah setiap ahli dalm kumpulan masing2x kena hasilkan satu bentuk dari kertas suratkhabar dan tidak boleh sama. Setiap kumpulan akn berdiri dihadapan dan akan diberikan satu senario dan mereka dikehendaki bercerita berkaitan dgn barang dan senario yg diberikan. Cerita mereka mesti berkesinambungan antara satu sama lain.
Then, selesai aktiviti tu, jam 12midnite ada plak night walk. Stay sampai jam 2pg. Lepas tu aku kena balik n tido sbb esoknya ada exam.

4 Ogos 2007
Bangun pagi dalam jam 7 bersiap utk pergi exam PTD. Mula exam dari jam 9.00pg hingga 4.30ptg. Hahahahah.... psiko btol soalan dia. Aku amik kat pusat Uniten Bangi. 1212 no pusat n no giliran aku 1212186. Dah lama tak sit exam, n dah lama tak menulis. Mau cam cakar ayam n cakar kambing tulisan tgn. Yelaa...kerja pun menaip. Pehtu nasib baik tgn kiri aku yg sakit, kalu tgn kanan, camna nak tulis???

Abih exam dlm jam 4.30pm, terus aku balik n singgah dewan gemilang utk tgk taekwondo... Hmm..orait jugak aa...sempat tgk beberapa bout final. Malam tu aku flat awal, mau dlm jam 8 aku dah out...yelaa smlm tido lambat, terus gi exam pgnya. Sori aaa Cik Muna n Eka sbb tak dpt gi kursus organisasi tu.


5 Ogos 2007
Bangun agak awal, sbb smlm aku tido awal. Bersiap dan terus pegi dewan gemilang. Aku jadi urusetia. Sampai dewan ja dlm jam 8pg, terkojut aku...mana urusetia yg lain? dah jam 8 takde sekor pon? Tempat urusetia bersepah sket, terus aku kemas mana yg patut. Dalam ati aku, nak kena sembur ni ajk kebersihan. Lepa tu mula aaa urusetia dtg, n peserta. Cepat2x setup sebelum juri n sir sampai.

Acara dimulakan dgn acara pomsae, aku jadi commander. Matila aku cam ni... tak pernah jadi commander. Arahan pun tak pandai nak sebut. Tapi dah kena paksa rela... on saja aa. At least ada gak pengalaman. Masa acara brlangsung, aku dah seram sejuk takut buat silap, yang mana aku terbuat juga. Dah tak bleh elak. Banyak arahan dlm bhs korea aku out, pehtu afda sorang peserta tu, dia dah habis buat pattern dia, tp aku tak tau dia dah abih. Lama gak aa aku nak bagi ending dia punya poomsae. Yang budak2x ni pun tak alert aku yg pattern dia dah abih.. Huhuhu.. siap kena gelak kat urusetia lain. Hampeh korang.

Time keeper taikoo

Abih poomsae, terus masuk acara sparring. Aku jadi time keeper. Seronok jadi time keeper, tak pening kepala. Duduk, tgk masa, sampai masa tiup wisel.
Makan timeeeee......

Hahahaha...Time keeper adalah jwtn yg paling best n rileks, dan biasanya hanya senior2x dlm taekwondo je bleh dpt seat tu.. huhuhuhuhu.

Abih acara hampir 6.30pm. Then ready utk penyampaian hadiah n cenderamata. Semua team berkumpul dlm ring. Nih gamba team kolej aku.

Kolej Keris Mas taekwondo team

Acara dimulakan dengan penyampaian anugerah olahragawan n olahragawati taekwondo. Then, anugerah atlet contoh lelaki dan wanita. Aku diberi kepercayaan utk dianugerahkan atlet contoh lelaki. Aiseh, terkejut n malu gile... but at the same time gak... terharu la jugak. Tak sangka penglibatan n sumbangan yg tak seberapa aku selama ni dihargai. Terima kasih semua...

Muka aku masa tgh malu2x cipan


Terima cenderamata dari Sir Chauw.
Huhuhu.. abihlaa semua budak dah tau umur aku... (erk.nampak gemuk plak)



Gamboo..jgn tak gambooo

Abih semua penyampaian hadiah, bergambo la beramai2x. Ingatkan dgn team kolej aku.. tiba semua masuk. Jalan jaa...Abih tu.. kemas dewan,then kuar makan ramai-ramai ngan urusetia pusat taekwondo.


Nota: Terima kasih kepada semua urusetia n pasukan yg membantu dlm perjalanan majlis dan mengemaskan dewan semula. TQ.

Comments

Anonymous said…
Congrate abg ondel2 kerana berjaya memenangi anugerah pelakon tambahan...salah event plak..bukan anugerah atlit lelaki terbaik..keep a good work
is150 said…
oo.... kat sini rupanye abg Ijam....