Jumaat, 7 Dec 2007. Bertolak dari bangi jam 8.30pm... jauh juga hendak memandu..... tujuan destinasi adalah ke Telok Chempedak, Kuantan pahang.. Aku tak tau sangat jalan.. nak ke Kuantan tahu laa... tapi nak ke Telok Chempedak tu agak kureng sket.
Perjalanan seperti biasa....cuma bahagian yang aku tak suka adalah laluan menuruni bukit yang curam dengan selekoh yang banyak dan dalam kelajuan yang agak tinggi.. Kecut perut juga kalau di fikirkan.
Dalam perjalanan.... Keadaan Lebuh Raya Pantai Timur.
Dalam jam hampir 12 malam sampai di Kuantan. Pada mulanya, mencari papan tanda ke Telok Chempedak.. baru aku tahu... susahnya memcari arah ke tempat tersebut. Pada tanggapan awal, pasti mudah mencari pantai peranginan yang terkenal ini, namun sebenarnya agak sukar bagi mereka yang baru berkunjung ke bandar Kuantan.
Akhirnya, cuba bertanya kepada seorang pekerja di kedai 24 jam. Arah yang diberikan agak sukar untuk difahami, ini mungkin disebabkan tidak biasa dengan keadaan jalan dan kawasan di Kuantan. Namun, mendapat idea untuk menggunakan khidmat 3G wireless dalam mencari peta dan arah. Berguna juga rupanya internet.... tanpa melengahkan masa, membuka komputer riba dan membuat sambungan tanpa wayar menggunakan Bluetooth untuk capaian internet. Seketika, mencapai peta yang terdapat di laman sesawang tempat penginapan.
Keadaan pada masa itu adalah hujan lebat. Pergh... sejuk juga. Setibanya di tempat penginapan, tanpa melengahkan masa terus memunggah barangan dan daftar masuk. Jam menunjukkan hampir jam 12.30pagi. Keadaan penat dan mengantuk bercampur, membuatkan perasaan tidak sabar untuk membersihan diri dan seterusnya melepaskan kepenatan perjalanan yang hampir memakan masa selama 4 jam.
Muka penat..baru sampai.
Tidak sabar untuk menunggu hari esok.......
Comments