Selera Herba.
Pada waktu tu, aku suka kalau ada kenduri kat kampung aku. Sanggup aku tunggu sampai lewat malam menantikan bapak aku balik dari kenduri semata-mata sebab nak makan 'berkat'.
Nasi Ambeng Selera Herba.
Kenapa panggil berkat? Aku pun tak tau. Ni style kenduri orang jawa la ni. Kalu kenduri, lepas doa selamat biasanya diorang akan dihidangkan dengan kuih muih dan nasi berlauk dalam dulang. Jemaah yang hadir biasanya cuma makan kuih sahaja di rumah tuan rumah yang
menganjurkannya. Then nasi berlauk dalam dulang yang dihidangkan tuh akan dibungkus dan dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah dan dimakan bersama-sama ahli keluarga.
Aku memang suka makan nasi berkat ni. Walau pun tak sebanyak mana, tapi bila makan beramai-ramai, dengan mak aku, bapak aku n adik beradik. Sangat seronok dan sedap. Aku masih teringat bau nasi berkat yang dah bercampur dengan lauk, apabila daun yang membungkus nasi tu dibuka.
Sekarang, susah dah nak dapat nasi berkat macam tu. Sekarang biasanya nasi berkat tu dah bertukar pembungkusan ke bekas polisterin.
Nasi ambeng.. best btol kalu dapat makan yang real punya, yang betul-betul kampung and ori. Takpalaa... tak dapat yang ori, dapat makan macam kat Selera Herba pon ok laa.. :-)
Comments