Salam Merdeka dan Salam Ramadhan

Walaupun sudah 2hb September, rasanya tidak salah lagi untuk mengucapkan Salam Merdeka ke-51 kepada semua warga Malaysia. Sudah 51 tahun kita merdeka dan pada pengamatanku, sambutan merdeka kali ini amat sederhana. Mungkin disebabkan pada 2008 ini, pelbagai cabaran dan dugaan serta kepayahan melanda setiap warga Malaysia. Namun, moga hari mendatang diharungi dengan penuh kecekalan dan keazaman serta usaha gigih bagi mencapai kejayaan dan kemakmuran.

Juga, Salam Ramadhan diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya.

-ijam

Comments