MC 18 hari

Bunyi dapat MC lama macam best. Tapi sebenarnya kalu bercuti disebabkan sakit, tak best pon. Ialah bukannya bleh buat apa-apapun.

Mesti korang nak tau, apsal aku bleh injured hingga diberi mc lama. Aku masuk perlawanan sparring taekwondo di TAR college kat wangsa maju. Aku main kategori light (68-72kg). Kena main sebanyak 3 bout.

Bout pertama aku ialah no. 12, color Red, Ring B. Jumpa budak UNISEL. Sapa tah nama dia aku tak ingat. Round 1 aku tak dapat point. 0-2. Round ke dua aku dapat 1 - 0. Tapi aku menang sebab lawan banyak kena potong markah sbb byk kena warning. Wakaka..mesti dia tak puas hati ngan aku... Tu laa sapa suruh excited sgt n byk buat silap.

Bout kedua (semi) aku ialah no. 15A, color Blue, Ring B. Jumpa budak UKM gak. Amir namanya. Dia exKeris Mas, budak 1st year, tp transfer ke KTSN sbb rayuan tukar fakulti dia di terima (hilang sorang player SUKEM KKM). Kira fight gak, cuma dia tak berapa fit. Aku menang agak mudah, tapi tendangan dia kira kuat gak laa... Point aku tak berapa ingat sangat. Setakat ni, aku tak ada injured apa-apa... setakat pening sikit sebab bout pertama, aku kena kick kat area leher 2 kali kiri kanan.. kuat gak tp tak de laa sampai KO. Tahan beb.

Bout ketiga (final) aku ialah no. 23, color Blue, Ring B. Jumpa budak UNISEL. Mohd Edi kalu tak silaplah namanya. Kalu tengok muka, mamg macam ganas, macam je la.. Round pertama, waaa.. macam bleh tahan gak mamat nih. Tapi aku dapat mata 1-0. Second round plak macam bleh makan ja mamat nih. huhuhuh.. Mula-mula dia tendang aku, then aku tendang balik, dia melawan, aku tepis plak tendangan dia... tetiba rasa kebas jari aku, tp tak hiraukan lagi, sbb nampak peluang untuk balas tendangan. Then umpire stop perlawanan sebab dia dah kat tepi ring (kalu aku tak silap aaa). Time nak start semula, aku tgk jari aku yg kebas tu.. Aiks.. apsal jari aku bengkok semacam. Mak aih... rupanya tulang 1st segment jari hantu kiri aku dah tersembul kekuar. Darah tak da sgt.. (kira nasib baik aaa), kaler putih siot aku punya sendi jari tu.. dah macam tulang kaki ayam (wakaka..bleh lawak lBg nih). Terus aku tunjuk kat person-in-charge aku, ing ho, dan terus panggil head-of-court utk tgk keadaan aku.

Macam serius, tiba-tiba Sir datang, nampak jari aku terus dia bawa aku ke paramedik. Aku campak je head gear n terus ikut Sir. Tapi yang kurengnya, urusetia tak ada standby ambulans. Team members aku yang lain ada datang tgk aku, tp lepas tu mostly blah sbb tak nak tgk jari aku tu. wakaka. Terus sir guna kereta dia bawa ke HKL.


Sampai di HKL, Sir tolong register, then kena inject dan cuci luka. Masa ni tak rasa sakit lg sbb masih kebas. Buat xray (cun gak awek xray nih... nama Hanis, tarikh lahir 19 Okt 1983, wakaka.. sempat lagi tuh), then masuk ke wad sementara utk masukkan balik tulang n jahit. Mula kena cuci luka lagi sekali. Time ni terasa pedih sket.. huhuhu. Kena injection kat jari..(local) dan diberi sedatif. High aku time tu..huhuhuh. Diorang pull jari aku n masukkan semula tulang. Ni aku tak tgk aaaa, tp masa diorang jahit, aku tengok,...ada laa dlm 8-9 jahitan, dan dijahit oleh dr. Shahiran. Dah settle, aku relaks jap n nap sat. Makan nasik...(lapoo ooo... tak sentuh nasi lagi dari pagi... cuma byk minum air n makan roti 2 keping n coklat sket). Makan ubat... then pi buat xray lg sekali. Sambil xraytu borak2 sket ngan cik hanis. huhuhuhu.

Siap xray, lepak kat wad, sir datang semula dlm 7.15pm. Tunggu discharge, ambil ubat, payment, sijil mc dan next appointment. Sampai UKM dalam jam 10.30pm, sir hantar. Minta bantuan salman drive keta aku ke kolej. Time sakit mcm menyesal sbb keta manual.. wakakaka. Sampai bilik, lepak sat borak. Salman, rui xiang ada n budi.

Sekali mlmnya berdenyut2x sakit. huhuhuhuh.

Nota: Terima kasih kepada semua. Sir yang sungguh prihatin dan baik hati, team members dan doktor di HKL dan kawan yang dekat di hati. Aiseh... tak dapat emas, sukem pun tak dapat main.. huhuhu. Utk opponent aku dr UNISEL, takda hal, tu silap aku sendiri.

Comments