Friday, August 31, 2007

Solat jumaat

Jom solat

Network di Penginapan Alamsetia

Network di Penginapan Alamsetia

Bahan-bahan:
1 x unit maxis wireless modem broadband
2 x unit aztech homeplug ethernet adaptor (HL100E)
1 x unit Intel 8-port hub

Cara penyediaan:Gambar 1: Lokasi punca sumber internet ke punca kuasa.

Langkah pertama: Lokasi sumber internet ke punca kuasa.
1. Pasang wireless modem, switch on.
2. Pasang ethernet cross cable diantara modem dan 1 x 1st unit ho
meplug ethernet adaptor.
3. Pasang homeplug ethernet adaptor di (2.) ke punca kuasa dan switch on.

Langkah kedua: Lokasi lain dari punca kuasa ke hub.

Gambar 2: Lokasi punca kuasa ke hub.

1. Pasang ethernet cable diantara 1 x 2nd homeplug ethernet adapter dan hub.
2. Pasang homeplug ethernet adaptor di (1.) ke punca kuasa dan switch on.
3. Switch on hub.
4. Sambungkan pc/laptop anda ke hub menggunakan ethernet cable.

5. Setup ip jika perlu.


Voilaa..... internet sharing yg mudah.... malah talian internet boleh dicapai satu blok kediaman jika pengguna lain ada homeplug ethernet adaptor dengan hanya plug in kepada punca kuasa.

Gambar 3: Alamsetia yang gembira. Internet sharing tanpa perlu beli wireless router/access point.
Homeplug ethernet adaptor yang ada dapat free dari cabutan bertuah.

Nota: Rangkaian disediakan oleh ijamlaa... :)

Merdeka supper



Tiga makhluk menyambut merdeka! Dari kiri alamsetia.com, banyu.org dan ijamlaa.

Thursday, August 30, 2007

Pelantak ambang merdeka


Jamuan malam merdeka, ni pemakan besar.

Wifì


Baru dapat n connected!

Argh. Keja da


Kena buat menda ni sampai abih.

Wednesday, August 29, 2007

My finger


My fìnger after one month.

Tuesday, August 07, 2007

Taekwondo SUKEM 07

Minggu lepas, 3-5 Ogos kira minggu yang agak sibuk.

3 Ogos 2007
Pagi dalam jam 10am, kitorang dah kena setup gelanggang. Membantu tak ramai, tapi kerja siap dengan pantas. Lagipun, aku lagi suka macam ni, sedikit tenaga kerja, tetapi optimum penggunaannya daripada tenaga kerja banyak, tetapi minimum penggunaan. Semua yang membantu mmg berusaha dan bekerjasama dengan baik, yang mana akhirnya gelanggang dapat disiapkan pada jam 12tghari, lengkap tempat sparring, warming up, penghadang, inspection, peralatan, juri, meja urusetia dan kaw jamuan.

Petang dalam jam 3pm ada meeting antara persatuan/kelab sukan dengan unit sukan. Adalaa dalam hampir sejam meeting. Tapi bilangan kelab yang hadir sikit sangat. Tak sampai 10 persatuan/kelab yang hadir. Nak kata mereka bz, persatuan taekwondo lagi bz sbb start 3-5hb kena anjurkan kejohanan taekwondo. Sampai tak cukup orang nak handle pun bleh hadir meeting. Hari nih sahaja kena handle weight in untuk semua kolej, dan persiapan gelanggang. Aku yg temp disabled pun bleh hadir meeting.

Meeting berjalan lancar. Walaupun dapat short notice utk hadir meeting pada jam 12tgh, s/u berjaya gak buat laporan aktiviti sesi 2007/2008, carta organisasi, jadual latihan dan aktiviti yg telah dijalankan.

Habis meeting pi tgk gelanggang dan bantu apa yg patut termasuk weight in dan susun kerusi penonton. Habis semua kerja, urusetia yg lewat balik, lepak2x dan bincang dlm ring. Sampai jam 7pm bersurai.

Malam tu plak, aku ada kursus organisasi, jadi urusetia, kena sediakan pengisian satu slot. Objektif aadalah pemikiran kreatif, spontan dan berupaya memahami arahan. Kelaka gak mlm tu. Tugasan yg diorang kena lakukan adalah setiap ahli dalm kumpulan masing2x kena hasilkan satu bentuk dari kertas suratkhabar dan tidak boleh sama. Setiap kumpulan akn berdiri dihadapan dan akan diberikan satu senario dan mereka dikehendaki bercerita berkaitan dgn barang dan senario yg diberikan. Cerita mereka mesti berkesinambungan antara satu sama lain.
Then, selesai aktiviti tu, jam 12midnite ada plak night walk. Stay sampai jam 2pg. Lepas tu aku kena balik n tido sbb esoknya ada exam.

4 Ogos 2007
Bangun pagi dalam jam 7 bersiap utk pergi exam PTD. Mula exam dari jam 9.00pg hingga 4.30ptg. Hahahahah.... psiko btol soalan dia. Aku amik kat pusat Uniten Bangi. 1212 no pusat n no giliran aku 1212186. Dah lama tak sit exam, n dah lama tak menulis. Mau cam cakar ayam n cakar kambing tulisan tgn. Yelaa...kerja pun menaip. Pehtu nasib baik tgn kiri aku yg sakit, kalu tgn kanan, camna nak tulis???

Abih exam dlm jam 4.30pm, terus aku balik n singgah dewan gemilang utk tgk taekwondo... Hmm..orait jugak aa...sempat tgk beberapa bout final. Malam tu aku flat awal, mau dlm jam 8 aku dah out...yelaa smlm tido lambat, terus gi exam pgnya. Sori aaa Cik Muna n Eka sbb tak dpt gi kursus organisasi tu.


5 Ogos 2007
Bangun agak awal, sbb smlm aku tido awal. Bersiap dan terus pegi dewan gemilang. Aku jadi urusetia. Sampai dewan ja dlm jam 8pg, terkojut aku...mana urusetia yg lain? dah jam 8 takde sekor pon? Tempat urusetia bersepah sket, terus aku kemas mana yg patut. Dalam ati aku, nak kena sembur ni ajk kebersihan. Lepa tu mula aaa urusetia dtg, n peserta. Cepat2x setup sebelum juri n sir sampai.

Acara dimulakan dgn acara pomsae, aku jadi commander. Matila aku cam ni... tak pernah jadi commander. Arahan pun tak pandai nak sebut. Tapi dah kena paksa rela... on saja aa. At least ada gak pengalaman. Masa acara brlangsung, aku dah seram sejuk takut buat silap, yang mana aku terbuat juga. Dah tak bleh elak. Banyak arahan dlm bhs korea aku out, pehtu afda sorang peserta tu, dia dah habis buat pattern dia, tp aku tak tau dia dah abih. Lama gak aa aku nak bagi ending dia punya poomsae. Yang budak2x ni pun tak alert aku yg pattern dia dah abih.. Huhuhu.. siap kena gelak kat urusetia lain. Hampeh korang.

Time keeper taikoo

Abih poomsae, terus masuk acara sparring. Aku jadi time keeper. Seronok jadi time keeper, tak pening kepala. Duduk, tgk masa, sampai masa tiup wisel.
Makan timeeeee......

Hahahaha...Time keeper adalah jwtn yg paling best n rileks, dan biasanya hanya senior2x dlm taekwondo je bleh dpt seat tu.. huhuhuhuhu.

Abih acara hampir 6.30pm. Then ready utk penyampaian hadiah n cenderamata. Semua team berkumpul dlm ring. Nih gamba team kolej aku.

Kolej Keris Mas taekwondo team

Acara dimulakan dengan penyampaian anugerah olahragawan n olahragawati taekwondo. Then, anugerah atlet contoh lelaki dan wanita. Aku diberi kepercayaan utk dianugerahkan atlet contoh lelaki. Aiseh, terkejut n malu gile... but at the same time gak... terharu la jugak. Tak sangka penglibatan n sumbangan yg tak seberapa aku selama ni dihargai. Terima kasih semua...

Muka aku masa tgh malu2x cipan


Terima cenderamata dari Sir Chauw.
Huhuhu.. abihlaa semua budak dah tau umur aku... (erk.nampak gemuk plak)



Gamboo..jgn tak gambooo

Abih semua penyampaian hadiah, bergambo la beramai2x. Ingatkan dgn team kolej aku.. tiba semua masuk. Jalan jaa...Abih tu.. kemas dewan,then kuar makan ramai-ramai ngan urusetia pusat taekwondo.


Nota: Terima kasih kepada semua urusetia n pasukan yg membantu dlm perjalanan majlis dan mengemaskan dewan semula. TQ.

Thursday, August 02, 2007

Jari aku


Nih gamba jari aku yang berbalut lepas pi buat wound inspection. Lupa nak amik gamba masa tangan aku bengkok n tulang terkeluar lepas kena tendang n masa buka balutan masa inspection, wakakakaka.

Petang td pi klinik, buat wound inspection. Buka balutan, cuci n taruk ubat, then tukar balutan. Rasa lega sket tgn aku. Borak ngan medical assistant, rupanya dia dulu pun main taekwondo, belt hijau. Siap kutuk aku pasal bleh injured. Yelaaa... salah aku sbb salah blocking. Abih buat inspection, terus balik. Next appointment adalah pada 13 Ogos untuk buka jahitan, dan 15 Ogos pula kena pergi klinik Ortho di HKL utk periksa tulang jari aku. Huhuhuhu..cepatlah sembuh..bleh la aku training n masuk sparring lg.

Bosan tol tak training...nanti cepat plak berat aku naik.