Wednesday, August 27, 2008

Discharged

Jam 6.30pm aku discharged.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan.

Terima kasih daun keladi.

Nota: Balik umah... rehattttttttttttttttt.
MC dari 25 August - 2 September. Follow up on 2 September.

Surprised


Semasa cuba mengisi masa lapang dgn membaca, ada orang masuk sambil bawa bunga. Aku buat tak kisah ja, maybe utk katil sebelah.
Tp, dia panggil nama aku? Aik? Bunga utk aku? Tak pernah la org kasik bunga utk aku. Last sekali masa konvo dulu, hampir 8 years ago.
Ada kad, aku baca dari tmpat keja aku ghupenya.
Thanks guys utk bunga n buahan.
Smlm pun opismate aku ada dtg. Fazlan, yati, yas, hazni, emi, izwan. Ada gak 2nd trip bawa kfc. Keke.. I like.

Nota: air rooibos tea n buahan utk tetamu. Kekeke.

Tuesday, August 26, 2008

Sedar


Jam 3pm sumting aku sedar. Adeh, tak besh tol tekak aku. Gatal. Nak batuk cam normal takleh, so berdehem ja cam nak ngorat aweks. Ting tong gak td.
Aku rasa stat sedar aku mcm pakai 'shower cap'. Tp bila snap gamba (eheh.. Stakat snap gamba sendiri, apala sgt), baru tau rupanya bukan 'cap' tu aku pakai, tp rupanya balutan.
Pergh. Mcm dahsyat ja kalu org tgk. Tp, maleh nak upload gamba, kang kata gile simpati. (Jap, ni blog aku kan? Suka ati aa. Hahaha!)
Cukup aa gamba tgn aku kat atas tu. ;-)
Ngantuk+kenyang. Rehat sat.

409


No bilik aku. Now tgh tunggu utk tukar pakaian n masuk ke 'the theater'. Hemoh hemoh tol. Wish me luck. Doakan semuanya ok. :-)

Monday, August 25, 2008

Spital


Hari ni masuk spital. Check-in (ingat hotel ka..) dalam jam 11pg. Then dpt aa masuk bilik dlm jam 11.30am. Lunch jam 1.30pm kalu tak silap. Pehtu melangut sampai jam 5.30pm. Dapt gak abihkan novel Bleeding Hearts oleh Ian Rankin. Jumpa Dr. Amin jam 5.30pm, buat examination. Kata telinga ok, so kena puasa stat 12tghmlm. Pehtu dia kata, pegi aa jalan2 dulu. Erk, jalan mana? Gaji pun float. Hampeh tol. Kekeke. Dah, aku nak pi makan mlm ni. Dah sampai waktu makan. Sila jemput makan.
Nota. Gamba atas tu lunch aku, mknan spital, nothing special.

Soft shell crab


Last night pegi sushi king. Order soft shell crab. Rasa ok ja, tak sesedap yg segar.

Thursday, August 14, 2008

Yang mana pilihan hati?

video
Video demo telefon bimbit penulis sekarang.

Setiap orang mahukan telefon yang terbaik dan terkini untuk diri masing-masing. Sama ada ianya satu keperluan atau hanya untuk mengikuti trend masa kini.

Ciri-ciri 3G, MMS, HSDPA, GPRS, kamera yang memiliki resolusi yang tinggi, rekabentuk yang menarik dan mempunyai keupayaan memori yang tinggi adalah diantara ciri-ciri yang menjadi pertimbangan untuk membeli sesebuah telefon bimbit. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pelbagai pilihan model terkini dapat dicari.

Namun, atas dasar apakah anda membeli telefon bimbit anda? Persoalan ini muncul ketika mengikuti teman sepejabat untuk membeli telefon bimbit barunya. Ketika teman tersebut membuat pilihan mengenai model terbaik yang perlu dimiliki, terlintas dibenak fikiran mengenai ciri-ciri keperluan mengenai telefon yang perlu dimiliki oleh seseorang itu.

Melalui pengalaman, untuk membeli telefon bimbit, beberapa perimbangan perlu diambil kira. Harga dan cara penggunaan. Mengapa hanya dua ciri-ciri tersebut yang menjadi kriteria utama? Pertamanya, harga menentukan sejumlah model yang boleh dipilih yang datang bersama dengan ciri-ciri teknologinya. Manakala cara penggunaan menentukan apakah ciri-ciri teknologi yang perlu ada pada telefon tersebut.

Harga adalah penentu utama bagi menentukan julat model telefon bimbit. Sekiranya jumlah wang yang diperuntukkan adalah sederhana, maka julat model yang akan dipilih menjadi sederhana. Manakala sekiranya wang bukan satu masalah, maka anda boleh memilih sejumlah model-model yang terkini dan tercanggih serta terbaik untuk diri anda.

Seterusnya adalah mengenai cara penggunaan seharian anda. Sekiranya anda bukanlah seorang yang 'tech-savvy', maka adalah tidak perlu untuk mendapatkan semua ciri-ciri teknologi telefon bimbit yang terkini. Cukuplah sekadar dapat menghubungi dan dihubungi serta dapat menghantar mesej ringkas. Sebaliknya pula sekiranya anda seorang yang amat menekankan penggunaan teknologi terkini dan menggunakannya semaksimum mungkin seperti melayari laman web, mms, foto blogging, panggilan video dan sebagainya.

Gabungan kedua-dua ciri iaitu harga dan cara penggunaan membolehkan anda memilih yang terbaik, dan seterusnya memaksimumkan penggunaan telefon bimbit anda. Lakukan perbandingan harga dan ciri-ciri teknologi yang akan digunakan, dan seterusnya dapatkan harga yang berpatutan dengan teknologi yang ditawarkan.

Ini telah dibuktikan melalui pengalaman saya ketika mencari model telefon yang digunakan oleh saya kini. Setelah melakukan pelbagai perbandingan harga serta cara penggunaan, akhirnya model terbaik telah dipilih. Kini genap setahun saya menggunakan model telefon tersebut, saya mengakui tidak tersilap memilih model tersebut.
Sehingga kini, saya telah memaksimumkan penggunaanya, dari photo blogging, ke melayari internet, menghantar mms, panggilan video, mengambil klip gambar dan video, dan pelbagai lagi. Sehinggakan saya merasa puas hati dengan model ini walaupun harganya tidak terlalu mahal berbanding ciri-ciri yang ditawarkan, serta melalui penggunaan seharian.

Janganlah anda berbelanja membeli telefon yang canggih tetapi tidak memaksimumkan penggunaan teknologi yang ada. Ianya seolah-olah telefon yang dibeli itu menjadi sekadar aksesori kepada anda. Cantik dipandang tetapi hanya untuk dipamerkan, bukannya digunakan dengan sepenuhnya. Oleh itu, pilihlah model yang terbaik untuk diri anda dengan harga yang mampu dibeli dan seterusnya anda berpuas hati dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika membeli telefon bimbit impian anda.

Anda pula bagaimana? Apakah ciri dan kriteria utama ketika memilih telefon bimbit anda?

- ijamlaa

Monday, August 11, 2008

Monday, August 04, 2008

Kuching 31 Jul - 3 Ogos

Akhirnya aku dapat gak berjalan-jalan di sekitar Kuching. Selama ni, asyik transit je utk ke Kota Kinabalu. Aku lepak di kampung kawan aku, si obiterdicta di Petra Jaya. Dia balik kampung menjenguk nenda dan makciknya. Aku tumpang sekaki aa makan angin di Kuching. Ini pun setelah berjaya merebut peluang Zero Fare oleh MAS, tapi kena bayar tax aaa dalam RM240. Jadiklaa kan.

Selama 4h3m dihabiskan di Kuching, namun sempat bermalam semalam bersama nenda dan makcik
obiterdicta di Damai Puri Resort yang terletak di Santubong. Dapatla mandi air laut.. kalu nak harapkan pantai kat PD nih jangan haraplaa bleh mandi. Selain tu, dapat la ronda-ronda di sekitar Kuching.

Apa-apa pun, best gak bandar Kuching ni....





Gunung Santubong... Dalam perjalanan ke Damai Puri Resort.


Sampai akhirnya..

Cun area hotel... kacak hotelnya..


Nyior melambai...


Hotel ni betol-betol di kaki Gunung Santubong..


Ni dah kat Kuching... tgk regatta sat..


Perahu tgh bersusun nak race ni.


Manok panggang sigik!


Kuih ni namanya celorot...

Friday, August 01, 2008

Gunung Santubong


On my way to damai puri resort at Santubong.