Saturday, June 21, 2008

Best giler weekend!!!!

Tak sangka dah weekend...

Hari yg aku tunggu2... sebabnya:

1. Aku bleh bangun lewat.
2. Aku bleh tido lewat.
3. Tak yah pk pasal keja
4. Bleh lepak kat umah sahaja...tak kuar makan pon takpeee... (biskut ada)
5. Bleh tido satu hari kat umah..
6. Suka ati bleh buat apa... heheheh

Monday, June 16, 2008

Hmm... Monday

Hari ini hari Isnin.. Pagi tadi macam malas giler nak pegi kerja.
Almaklumlah.. dua hari stay up layan dvd. Dari filem ke drama bersiri,
paling lewat adalah hampir jam 4 pagi. Pagi ini sahaja masuk jam 9pg,
terus meeting sampai jam 1tghari. Hehehe... dok je laa meeting. Banyak
bende kena update.

Esok dikhabarkan kena balik lewat, walaupun sepatutnya macam tak perlu
masuk pun meeting tu.So, bersedia sahaja diatas segala kemungkinan. :-)

Monday, June 02, 2008

Nasi Ambeng - Selera Herba

Selera Herba.

Aku dah cuba dua tiga kali makan nasi ambeng kat kedai ni. Kedai Selera Herba. Sebelah Bangi Chicken House. Rasanya ok juga. Harga dalam RM6. Ada nasi putih, ikan masin, mee goreng, keropok, serunding, sambal goreng, ayam goreng dan kuah rendang. Bila aku sebut nasi ambeng, terkenang aku zaman kanak-kanak.

Pada waktu tu, aku suka kalau ada kenduri kat kampung aku. Sanggup aku tunggu sampai lewat malam menantikan bapak aku balik dari kenduri semata-mata sebab nak makan 'berkat'.

Nasi Ambeng Selera Herba.

Kenapa panggil berkat? Aku pun tak tau. Ni style kenduri orang jawa la ni. Kalu kenduri, lepas doa selamat biasanya diorang akan dihidangkan dengan kuih muih dan nasi berlauk dalam dulang. Jemaah yang hadir biasanya cuma makan kuih sahaja di rumah tuan rumah yang
menganjurkannya. Then nasi berlauk dalam dulang yang dihidangkan tuh akan dibungkus dan dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah dan dimakan bersama-sama ahli keluarga.

Aku memang suka makan nasi berkat ni. Walau pun tak sebanyak mana, tapi bila makan beramai-ramai, dengan mak aku, bapak aku n adik beradik. Sangat seronok dan sedap. Aku masih teringat bau nasi berkat yang dah bercampur dengan lauk, apabila daun yang membungkus nasi tu dibuka.

Sekarang, susah dah nak dapat nasi berkat macam tu. Sekarang biasanya nasi berkat tu dah bertukar pembungkusan ke bekas polisterin.

Nasi ambeng.. best btol kalu dapat makan yang real punya, yang betul-betul kampung and ori. Takpalaa... tak dapat yang ori, dapat makan macam kat Selera Herba pon ok laa.. :-)

Sat aaa

Ada beberapa entry aku blom masukkan caption kat gambar. Nanti aku
update aaa... :-)

Sunday, June 01, 2008

SushiGroove, Sunway - 31 May 2008

Jumpa kawan lama dan lepak2.....

Bali - Day 1 - 16 May 2008

Bali.... Akhirnya

Bali - Day 2 - Part 1 - 17 May 2008

Day Tour

Bali - Day 2 - Part 2 - 17 May 2008

Day Tour

Bali - Day 3 - Part 1 - 18 May 2008

Ubud dan Bedugul


Kat Ubud ni aa... Murah-murah... Tapi aku nak beli apa?


Heheh.. cuci mata tengok barangan kerajinan. Beg plastik tu aku pegang tolong je aaa...


Laporpo... Jom makan di Rumah Makan Sanak.. Adeh.. masakan padang lagi... huhuhu...


Dalam perjalanan ke Bedugul.... Sawah luas menghijau.. Ada sorang hamba Allah, bercita-cita nak lepak kat tengah sawah padi dalam pondok. Tp ironinya.. dia seorang yang tak tahan panas. Camna tu?


Dah sampai Bedugul dah.. Nyaman tol udara kat sini. Sojukkk....


Hm... Pura yang berada dimana-mana sahaja di Bali.

Bedugul


Cheeze....


Sejuk dipersekitaranya.. Memang nyaman.

Bali - Day 3 - Part 2 - 18 May 2008

Bersantai di Kuta.



Apa nama jalan tak ingat daaa...


Yea.... pilih-pilih.. jgn tak pilih.. Rph 650 000.00 shj.


Akhirnya aku sambar Yukon. Rph 650 000.00 je.. (kopak aaaaaa poket, aku sbb aku bawak cuma Rph1 000 000.00)


Bergaya bersama kasut Yukon (aku punya yg kaler itam) dan Hidro (izwan punya kaler putih Rph 600 000.00)



Bersantai di The SailFin Restaurant, The Wave. Syok aaa dengar lagu2 best berkumandang.


Our stater.... Bun + butter. huhuhuh ... tak kenyang aa ni..


Lari masuk ke bahagian dalam restaurant sbb kat luar hujan lebat... Paneh laa plak kat dalam ni. Management kate aircond rosak.. Hampeh tol.


M.... cun gak.


Ni je yang kitorang mampu makan. Menu lain semua ada chicken & Beef.. tak berani order maaa.


Nampak sangat kebulur... Tu dia.. licin.... siap tambah order.


Posing tayang kasut Crocs baru beli kat kedai bawah restaurant. huhuhuh


Time ni aku bergambo sorang. Diorang semua dah nun kat depan. Tetiba jee diorang pusing nampak aku bergambo.. akhirnya semua pakat bergambo kat tmpat sama.. hahaha


Ini le hasilnya...